Foto saya
aku di pangil WANI oleh keluarga,wanita biasa,yang ceria,kalau nak tahu tentang aku kenalah kenal aku dulu,bak kata orang tak kenal maka tak cinta :P menulis bila aku rasa ingin meluahkan,tak kisah tentang ape :)

Jumaat, 9 September 2011

kasih ibu






 
 * ketika berusia setahun,ibu suapkan makanan dan mandikan kita,cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.


* apabila berusia 2 tahun,ibu mengajar kita bermain,kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.


* menjelang usia 3 tahun,ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang,kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.


* ketika berusia 4 tahun,ibu membelikan sekotak pensel warna,kita ucapkan terima kasih dengan menconting dinding.


* berusia 5 tahun,ibu menbelikan sepasang pakaian barukita ucapkan terima kasih denganbergolek-golek dalam lopak kotor.


* setelah berusia 6 tahun ibu memimpin tangan kita ke sekolah kita ucapkan terima kasih dengan menjerit:"tak nak! tak nak!"


* apabila berusia 7 tahun,ibu belikan sebijik bola,cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan cermin tingkap jiran.


* menjelang usia 8 tahun ibu belikan aiskrim,kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu


* ketika 9 tahun,ibu menghantar ke sekolah,kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.


* berusia 10 tahun ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja,kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya


* apabila berusia 12 tahun,ibu menyuruh menbuat kerja sekolah,kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.  


* menjelang usia 13 tahun,ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat,kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.


* ketika berusia 14 tahun,ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama,kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.


* berusia 15 tahun,ibu pulang daripada kerja dan rindukan perlukan dan ciuman,kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik


* menjelang 18 tahun,ibu menangis gembira apabila  mendapat tahu kita diterima masuk ke ipta,kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan


* ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian,menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama,kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.


* ketika berusia 20 tahun,ibu bertanya sama ada kita ada teman istemewa,kita kata ,"....itu bukan urusan ibu."


* setelah berusia 21 tahun,ibu cub amemberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata,"saya tak mahu jadi seperti ibu."


* apabila berusia 22-23 tahun,ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita,di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan......."perabot pilihan ibu aku tk cantik,tak berkenan akuuu!"


* menjelang usia 24 tahun,ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan,kita menjeling dan menrungut,"ibuuu,tooooolonglahhh......"


* ketika berusia 25 tahun,ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita,ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.


* pada usia 30 tahun,ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi,kita dengan megah berkata,".....itu dulu,sekarang zaman moden."


* ketika berusia 40 tahun,ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung,kita berkata,"kami sibuk,tak ada masa nak datang."


* apabila berusia 50 tahun,ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya,kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapayang menjadi beben kepada anak-anak.


* dan kemudian suatu hari,kita mendapat berita ibu meninggal!khabar itu bagaikan petir!dalam lelehan air mata ,baru lah segala perbuatan kita terhadap ibu merpa satu persatu.

 p/s :-
           jika ibu masih ada,sayangi dia,jika telah meninggal,ingatlah kasih dan sayangnya,sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung





Khamis, 4 Ogos 2011

yahoo.............. nak balik kampung

yahoo...............esok,lusa ari sabtu dan ahad,office cuti,aku dan c,abg sayang bercadang nk balik kelate,aku rindu sangat pada keluarga tercinta,tak sabar rasanya nak balik jumpa emak,kakak,adik dan anak buah yang comel,tk lupa juga rindu pada buah melaka yang emak selalu buat untuk aku setiap kali menjelang puasa,sedap................aku suka sangat makan buah melaka,bila aku p bazaar ramadhan terlihat buah melaka mesti terkenangkan emak



p/s :-
        Emak tlg buat kn buah melaka untuk wani boleh? :)

Selasa, 2 Ogos 2011

selamat menyambut ramadhan

di sini aku ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak 1432h dan selamat menjalani ibadat puasa di bulan ramadhan kepada semua umat islam








  

Khamis, 28 Julai 2011

k,limah balik blog



sepi..................................           












dan 











sepi....................................








hantu k,limah balik blog aku bukan putri kayangan















 dh ada  k,limah yang  tunggu








Rabu, 27 Julai 2011

Disaat Aku Mencintaimu

salam......... pembuka bicara,buat semua pembaca yang sudi singgah di blog aku bukan putri kayangan,terima kasih kerana sudi membaca blog aku,dah lama aku tak menulis,mencorekkan dan mencatatkan sesuatu pada blog ni,rasa rindu lak nak menaip sesuatu pada kengkawan,ari ni aku tak da buat ape2 pun,hanya ddk dengar lagu sorang mamat ni nama dia aku tk kenal,kumpulan dadali lagu disaat aku mencintaimu hehehe.............jiwang karat lak aku ni,jom kita layan sama-sama lagu ni







aku suka sangat-sanggat dengar lagu ni best................tang mana best aku pn tak th,yang pasti aku suka :)

Isnin, 18 Julai 2011

sambungan tak kenal maka tak cinta




pertemuan demi pertemuan melahirkn bibit-bibit cinta di antara aku dan dia,tidak aku sangka dan tidak aku
duga akhir nya hadir lah sebuah cinta,bukan cinta monyet atau cinta buta,tp cinta adam dan hawa cam lagu misha omar lah pulak hehehe..........,bunga-bunga cinta aku dan dia berputik pada tarikh 1 may 2010




aku dan dia bercinta dalam 9 bulan,akhir nya aku dan dia mengambil keputusan untuk bertunang pada tarikh 4 february 2011 dan untuk mengeratkan lg silaturahim antara keluarga aku dan keluarga dia,aku dan dia bertunang dalam 3 bulan,biasa la........bila dah jadi tunang org,kena jaga diri ............hiasi peribadi :)





perkahwinan di tetapkan pada tarikh 4 jun 2011,pejam celik,pejam celik,masa yang di tunggu-tunggu pun dah tiba,aku dan dia diijabkabulkan,pada tarikh keramat aku dan dia pilih :)




akhirnya perkahwinan berlangsung dengan lancar dan gembira,aku dan dia syukur alhamdulillah semua nya dh selamat :)

Ahad, 3 Julai 2011

tak kenal maka tak cinta

tarikh aku tk ingat la yang aku ingat tahun 2009 aku mengenali dia di majlis berbuka puasa,masa tu umur aku 23 tahun,aku seorang perempuan yg pemalu kot,tk cakap banyak,sepatah orang tnya,sepatah gak lh aku jawab,selebihnya aku hanya tersenyum :) ,selepas selesai berbuka puasa kita orang pn balik la,nak tunggu ape lg kan,emmm...........lama gak la aku dan dia tk berhubung dalam masa 7 bulan mungkin masa tu aku dan dia  sama2 bz dgn keja masing2 kot,aku berhubung balik dengan dia dalam bulan april tahun 2010,pertemuan kali kedua date kat ikea,sama gak aku tk banyak cakap,hanya lebih tersenyum :) daripada bercakap,sampai dia cakap kt aku dia silap ajak orang kuar ke?tp bila dia dh lama kenal aku baru la dia tahu aku bukan seorang pemalu tp seorang yang terlebih peramah hehehehe.......... :P ,sbb tu lah ada peribahasa melayu mengatakan tk kenal maka tk cinta,yup aku sangat suka dgn peribahasa tu,pertemuan aku dan dia bukan setakat ini sahaja lelaki itu adalah dia Nurfazley,pic yang kt bawah tu la dia.............. cerita ini akan bersambung.....................








Selasa, 10 Mei 2011

untuk emak tercinta



sempena hari ibu,wani nk ucapkan happy mothers day,untuk emak tercinta... tanpamu aku tiada,tanpa didikanmu aku melata,tanpa kasih mu aku merana, tanpa pujukanmu aku sesat merata, selamat hari ibu buat emakku HASIAH BINTI ZULKIFLI i love you so much..........



Jumaat, 6 Mei 2011

jangan jeles suara ku mcm ella

                    

Asslamualaikum..........

hai :) dh lama wani tk menulis dlm blog,wani bz sangat2,sbb wani tengah menghitung hari dup,dap dup,dap hehehehe..........biasa la org dh nk kawin,jangan jeles ya kengkawan,klu jeles cepat2 la.......ikut jejak wani,bukan jejak kasih tau tp jejak kawin hehehe.....bercakap pasal kawin byk benda lagi yg perlu wani uruskan,ok sekarang ni lupa kn pasal wani nk kawin,buat beberapa saat,wani nk bercakap pasal musim org demam,ramai kengkawan wani yg demam,wani pn turut sama di jankiti virus demam,bukan virus H1N1 tau,wani demam biasa je,wani dh makan ubat panadol dan dh minum air badak,penyejuk badan cap kaki tiga,bila demam semuanya sakit  itu la ini la,dh nk bt camner kn,antibody lemah,tp yg paling sedihnya kerongkong wani sakit sangat2 rasa cam perik sangat,nak bercakap pn susah,tp bila wani paksa gak utk bercakap kawan wani cakap suara wani sedap macam suara ella penyanyi rock malaysia tu...... sebut pasal ella siapa yang tk kenal ella artis popular dan sensasi tu kan hehehehe.......ok la kengkawan wani dh nk blk ni  bye






Selasa, 8 Mac 2011

happy international women's day





slm hai,aku ucapkan happy women's day kepada semua kaum hawa di seluruh dunia dan semoga ceria selalu :P :)


Isnin, 7 Mac 2011

zaman kanak2 rabina



bestnya....... kalau dapat jumpa dgn korang blk :),mesti korang dh ramai yang kawin dan ada anak2 yang comel2 belaka kan,aku doa kn semoga rumahtangga korang berbahagia hingga ke akhir hayat korang,tp ada yang belum kawin lg kan,untuk yang belum kawin lg,aku doa kn semoga perjalanan hidup korang dirahmati allah amin........aku lak tengah menghitung hari,detik demi detik,masa aku nanti akan tiba hehehehhe.................. :) :D :P korang tlg doakan yang terbaik untuk aku ok :)





















Khamis, 3 Mac 2011

rahsia & sifat wanita melalui unsur



angin 6 ogos 1986
* berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari
kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan,
* berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,
bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*bergaya ,tenang dan tidak cerewat serta menpunyai keinginan
semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling
bekerjasama bersungguh-sungguh.
*sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri
demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau
konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk
berkonfrantasi.
*kurang cenderunguntuk menyampaikan perasaan sebenar yang
terpadam dalam hati mereka.
*dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.






Isnin, 28 Februari 2011

setiap yang bernafas pasti akan mati

maha suci allah yang menjadikan hidup dan mati untuk menguji umat2nya yang tinggal di alam fana,takziah buat mami sekeluarga,semoga roh papa dicucuri rahmat amin.......mari lah kita sedekahkan al-fatihah buat pakcik spp aku,di harap spp2 aku pasrah dgn pemergian papa tercinta,sabar lah ya......,setiap yang bernafas pasti akan mati,cuma kita je tk th,bila lak giliran kita,yang akan meningalkan alam fana dan org2 yang kita sayang dan cinta

Ahad, 27 Februari 2011

oh ikan bakar


emmmmmmm....... bestnya bau ikan bakar kat damansara specialist hospital,oh ikan bakar sedapnya.....bila terhidu bau sungguh menyelarakan,perut aku terus menyanyi2 minta di isi secepat yang mungkin,inilah pantun dua kerat yang sesuai untuk kita semua bila perut minta di isi,gendang gendut tali kecapi,kenyang perut suka hati hehehehehehe................... :)

Isnin, 21 Februari 2011

hak cipta terpelihara

aku menulis,meluah dan mencatat bila aku rasa perlu sahaja,bagi aku ada perkara kita blh sharing dan ada perkara menjadi hak cipta terpelihara tk semua perkara dlm hidup kita,kita blh berkongsi dengan semua org yang kita kenal,kita sayang,kita percaya,mungkin org yang kita kenal,sayang,percaya tu.....baik pada pandangan mata kita,tp kita tk blh sangka dn tak blh duga,setiap org boleh berubah,so kita perlu berhati-hati je la dlm setiap perkara yang kita lalui dan tempuhi dlm hidup yang penuh mencabar ini


p/s:-
* jangan cepat dn mudah percaya kt org

Isnin, 14 Februari 2011

valentine day & maulidur rasul

 

aku bukanlah pandai sangat bab2 agama ni,tp bab2 velentine day ni,aku th la serba sedikit,memang dh jelas dalam hadis dan al-quran menyatakan velentine day adalah HARAM untuk umat islam yang menyambutnya,velentine day hanya untuk org yang bukan islam,maksud velentine day mengigati hari kematian paderi,untuk umat islam hanya boleh menyambut maulidur rasul sahaja.

p/s:-
* pada umat islam tak payah la nak sibuk2 sambut valentine day

Rabu, 9 Februari 2011

sape pnya majlis kena la buat

dh selesai majlis pertunangan aku pd ari jumaat 04/02/2011,penat br je hilang,mana tk nya selesai je majlis pertunangan terus kena masuk dapur,basuh pinggan mangkuk dan periuk sekali,paling aku tk suka kena basuh periuk sbb periuk susah sangat nk hilang klu dh hitam,sampai nk tercabut tangan aku kena berus periuk yang degil susah nk hilang,tidur mlm mula la aku terasa sakit2 bahu,mungkin penat mencuci pinggan mangkuk dan periuk,ada ore tu best nya.........tk payah kena basuh periuk yang hitam legam  :P


p/s:-
* dia nanti selesai majlis kita bt sama2 ok :)                                           

Selasa, 18 Januari 2011

sorry

kak,pakcik,amy sorry.........wani memang betul2 nak berhenti keja,pakcik tk payah la nk pujuk wani lg,wani dh bt keputusan untuk diri wani sendiri,kak,pakcik,amy wani tak akan ubah keputusan yang wani bt skrg,nanti kak dan amy pujuk la baba ambil pekerja baru gantikan tempat wani,kak jangan la sedih2 wani yakin kak mesti blh bt keja sorg2 walapun wani tak tlg kak,klu kak tk sempat gak kak minta tlg amy la k,amy lambat ke,cepat ke,keputusan wani tetap nk berhenti keja,yang beza nya lambat atau cepat je,klu wani tunggu sampai bulan april pn,wani tetap berhenti gak kn,tul  tk?

p/s:-
* ape nak susah nya kak,pakcik,amy patah tumbuh,hilang berganti :P :) :D

Sabtu, 15 Januari 2011

syukur alhamdulillah


 syukur alhamdulillah,allah dh bg aku pertunjuk,untuk aku memilih jalan hidup aku sendiri,keputusan aku untuk berhenti keja adalah muktamad,pada hari jumaat 28/01/2011

terasa nak tercabut




aaaaaaduh penatnya.............. terasa nak tercabut kaki aku,p cari barang2 tunang dan nikah,tp tk pe tempat shopping tu aku paling suka,nak th tk kat ner?masjid india la.......,aku suka shopping kt situ sbb ramai org,salah satu hobi aku adalah,suka tengok org,aku rs terhibur bila aku tengok gelagak org ramai dgn perbagai warna kulit dan kerenah,bak kata makcik astro macam2 ada,tak kira bangsa dan keturunan,sampai tk terkira ramai sangat hehehehehe.......aku shopping  tk da la byk sangat dlm empat lima barang je,pastu window shooping je la,nak shopping byk2 takut tk cukup bajet lak,so aku kena lah beringat-ingat bila nk p shopping :)                               






Khamis, 13 Januari 2011

hati berbelah bagi



emmm........ nape ati aku cepat kesihan kt kau org :( ?aku rasa tk sampai hati lak nk berhenti keja,entah lh aku serba salah di buatnya,kau dh lama tk cakap dgn aku,semenjak kau th aku nk kawin dn nak berhenti keja,aku rasa mungkin kau marah  kat aku sbb aku nk berhenti keja,kau tanya kak pasal aku,dh tk blh pujuk ke?kak cakap dh tk blh pujuk sbb aku nk berhenti bulan 1 lg,ni pn aku tunggu  sampai akhir bulan ni,kak cerita blk dgn aku ape yang kak  bercakap dgn kau,ari ni kak,pakcik, kawan baru aku pujuk aku lg supaya tk berhenti keja jawapan aku dekat kak,pakcik,dan kawan baru aku cuma aku cakap nanti aku bincang balik,ya allah kenapa kau tk kuat kn ati aku?????? untuk tetap kn ape yg aku mahu dlm hidup aku

Selasa, 11 Januari 2011

cakap tk serupa bikin




 tu la berlagak sangat,cakap selalu meninggi diri dn nak memang je,salah diri sendiri tk nak mengaku dan tk nk terima,jangan ingat kau tu bagus sangat,tk pernah nak pikir perasaan org lain,bila dh cam ni baru nk merayu kt aku,tk payah la kau nk bt muka tangkap leleh kt aku,tk da nya aku kesihan kt kau,aku kena kasihan kn diri aku dl sebelum aku kasihan kt kau,kau kn anak org kaya cari la org lain penganti aku ape nak susah sangat kn :)

ps:-
* tu la lain kali jangan la berlagak sangat dan jangan pikir kita je yang bagus kn dh susah

Isnin, 10 Januari 2011

berakhir di sini




berakhir di sini sahaja perkhidmatan ku di pahamin&pahamin,ada 11 hari lg aku berkerja di pahamin &pahamin nampaknya perkhidmatan ku akan berakhir habis bulan ni,aku rs sedih gak nk tinggal kn opis ni,aku dh lama keja di sini,sejak 2005-2011,tp aku tk blh la....nk fikir pasal ore lain,klu aku pikir pasal ore lain,cam ner lak dgn kehidupan aku nanti,sampai bila aku nk ddk dgn dia ore,hidup mesti di terus kan,tampa dia ore dan  pahamin&pahamin,tk lama lg aku akan bertunang dgn bf pengaran jantun hati aku la....... sape lg hehehehe.......aku bertunang 4/2/2011,tp barang2 tunang aku tk beli lg,biasa la ore dh  nk kawin bz la cikit hehehehe.......nanti aku sambung esok tk sempat nk tulis la skrg ni aku dh nk blk dh kul 6 ni nanti kalau aku lambat takut kakak tinggal aku  lak bye.......

Selasa, 4 Januari 2011

goodbye 2010 and welcome 2011



assalamualaikum..........happy new year kepada semua pembaca blog aku,di harap tahun ni kita mendapat ketenangan dn di murah kn rezeki dari allah s.w.t,emmm.......tahun ni azam aku,ingin menjadi yang lebih baik dr tahun2 sebelum ni insyaallah amin.....azam korag ape lak ek tahun ni?korag klu tahun baru jangan la semua nk baru,klu semua nk baru paham2 je la sendiri ya hehehe.......berbelanja mengikut kemampuan anda,ikut rasa kita binasa dan ikut hati  kita mati