Foto saya
aku di pangil WANI oleh keluarga,wanita biasa,yang ceria,kalau nak tahu tentang aku kenalah kenal aku dulu,bak kata orang tak kenal maka tak cinta :P menulis bila aku rasa ingin meluahkan,tak kisah tentang ape :)

Khamis, 3 Mei 2012

dah sarat

Assalamualaikum.............kepada semua pembaca blog Aku Bukan Putri Kayangan dan terima kasih aku ucapkan,kerana sudi terjah blog aku bukan putri kayangan,sekarang ni aku dh sarat mengandung anak pertama aku,kepada pembaca yang dah baca enter bertajuk 7 bulan dah ada nama mesti dh tahu,nama anak aku,ok ni kepada pembaca yang baru terjah blog aku,aku nk bagi tahu,nama anak aku rayyan hazley aqasyah,aku rasa dah tak larat sangat2 dah nak berjalan,ari ni bertarikh 3 may 2012 aku dah kena masuk wad pada kul 9.00 malam ni,doktor cakap rayyan kecil,berat rayyan 2,2 je,tp aktif sangat,pantang di panggil nama terus bergerak dan ari esok bertarikh 4 may 2012 aku dah kena bersalin,aku ingin memohon maaf kpd kenalan semua sekiranya ada terkasar bahasa ataupun perbuatan secara sengaja atau pun tidak.Doakan aku & rayyan selamat mudah2an semuanya di permudahkan oleh ALLAH SWT.Aminnn..........



Isnin, 16 April 2012

gambar terbaru





7 bulan dah ada nama

Assalamualaikum.....................nak tahu tk?hari tu masa usia kandungan aku 7 bulan aku dah ada nama utk anak aku tau,tp aku tak ingat lak nk menulis dalam blog aku bukan putri kayangan,almaklumlah kan aku dh nk dapat anak sendiri rasa teruja sanggat-sangat,so sampai semuanya lupa nak cerita,ok berbalik pada tajuk cerita di atas 7 bulan dah ada nama untuk anak aku :) ................ :P tu la aku nk cerita bertapa terujanya aku nk dapat anak,aku nak nama kan anak aku RAYYAN HAZLEY AQASYAH BIN NURFAZLEY,rayyan bermaksud kepuasan;pintu syurga untuk orang yang berpuasa,hazley nama gabungan aku dn suami,aqasyah lak suami aku suka dgn nama tu,sebenarnya aku nk letak nama aqasya,tp suami aku tk suka nama tu sbb anak aku kan lelaki suami aku tak nak lah nama aqasya,aqasya sesuai untuk nama anak perempuan,bincang punya lah bincang,aku pun setuju la nama aqasyah,cuma kena tambah huruf h tu je bezanya kan :) so bila baby kita orang lahir tu la nama dia,aku dan suami berpakat nak panggil nama rayyan untuk nama samaran baby kita orang

Khamis, 23 Februari 2012

aku wanita yang terpilih


assalamualaikum.............salam pembuka bicara buat anda yang sudi membaca blog aku bukan putri kayangan,dah lama aku tk menulis blog,semenjak nk ada baby ni rasa semakin malas nk menulis blog,tk th lah pasal ape,mungkin faktor pembesaran baby bt aku malas nak menulis,nak duduk pn tak selesa,bercerita pasal baby,usia kandungan aku skrg ni dh masuk 7 bulan ada 2 bulan lg aku nak lahir kn baby ni,bila dh nk dekat hari bersalin ni macam-macam ada rasanya,rasa takut,suka,hiba dan terharu,tak sangka pn ada gak,macam iklan dalam astro macam-macam ada,rasa takut nk bersalin,rasa suka nk dapat anak sendiri,rasa hiba dan terharu sangat-sangat,9 bulan dalam kandungan aku,tak sangka sebab di usia umur aku 26 tahun aku dah ada anak sendiri,aku pn tk th nk bercerita camner bertapa gembira nya aku,wanita yang terpilih sahaja yang dapat merasa ape yang aku rasa skrg ni,bertapa besarnya kebesaranmu ya allah.............

Isnin, 16 Januari 2012

tak sabar-sabar

usia kandungan aku dh masuk 6 bulan 25 hari,due 08 may 2012,tp aku rasa tk sempat due 08 may 2012 kot,aku rasa baby akan lahir,akhir bulan 4,aku cuma rasa je,tp tk th la semuanya ketentuan allah,aku mampu  berdoa dan berharap agar semuanya selamat,tk sabar rasa nya hati ingin melihat anak sendiri,emmm............ agak-agak nya baby aku ikut  muka sapa ek?ikut muka aku ke?ikut muka encik suami ke?atau pn kedua-duanya sekali?bagi aku,tk kisah lah ikut muka sape-sape pn yang pasti baby tu anak aku dan encik suami,aku bersyukur atas kurnian mu ya allah untuk aku dan encik suami amin.....................  :)

Jumaat, 13 Januari 2012

selamat hari lahir buat suami tercinta




"happy birthday to you .........happy birthday to you.........happy birthday to abang.......happy birthday to you......."

13 january 2012 genap la usia suamiku yang tercinta 34 tahun dengan ni aku ucapkan"selamat hari lahir yang ke 34 tahun buat suami tercinta .....alhamdulillah hubungan kami semakin penuh dengan kasih sayang dari bercinta,bertunang,berkahwin sampai lah ke hari ini

hmmm......... aku pon tak tau nak bagi hadiah apa kat cik suami rasanya tk da hadiah yang macam tahun-tahun sudah,tapi apa yang paling bermakna skrg ni adalah kehamilan permata hati kami,dah 5 bulan, ada lagi 4 bulan akan melihat dunia kehadiran nya akan menambahkan seri dan kebahagiaan  dalam rumahtangga kami.....itu lah hadiah yang terlalu berharga nilainya ..... :)

ucapan terakhir buat suami tercita semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,diberikan kebahagiaan hidup dan menjadi suami/daddy yang bertanggungjawab dan juga di harapkan semoga rumahtangga kita sentiasa dalam keadaan aman bahagia amin...........

selamat hari lahir abang ....me love you till the end.....mmuahhh!!!


Khamis, 12 Januari 2012

salam jumaat





salam jumaat buat semua pembaca blog aku bukan putri kayangan,hari jumaat,hari penghulu segala hari,esok aku cuti,rasa nya esok tk ke mana,ddk rmh je,tp tk th la kan,kot-kot ada hal yang tk dapat di elak kan :) sebenar nya,aku tk th nk citer pasal ape,emmm.......................jap aku fikir kan nak citer ape ya  haaa.................... aku dah th nk citer pasal ape,tentang dhia eh bukan tentang dhia lh,tentang aku,nk bt ape cerita pasal tentang dhia kan,dh memang semua orang tahu cerita tentang dhia,aku nk cerita tentang aku bukan tentang dhia,aku skrg ni dh mengandung anak pertama,dah masuk lima bulan,tp tk th lagi baby lelaki atau perempuan,aku belum scan lagi,aku dan encik suami memang nk anak lelaki tp kalau dapat anak perempuan pn kita orang  tk kisah,aku  terima je ape yang allah nak bg pada aku,aku bersyukur sangat-sangat dengan ape yang aku ada sekarang ni,sbb allah dh bagi aku baby dan aku rasa aku lah manusia yang paling bertuah,aku selalu terfikir bertapa bertuah nya aku berbanding dengan manusia lain,setiap manusia nasib nya tk sama,ada yang bernasib baik dan ada yang tk bernasib baik, pada manusia yang tk bernasib baik,aku harap tabah menghadapi dugaan  hidup yang mencabar

Rabu, 4 Januari 2012

happy new year



Assalamualaikum ............ saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada seluruh rakyat di negara ni mungkin dah terlambat bagi setiap orang yang sudah mengucapkan nya,tp bg saya belum lg :)